Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Sempurnakan Wudhu' mu
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik
(Hadis riwayat Muslim)
Menyempurnakan wudhu adalah tuntutan agama, pra syarat penting dalam mendapatkan solat yang berkualiti. Wudhu yang diambil secara sambil lewa membayangkan kualiti solat yang juga bagai melepas batuk di tangga.
Dunia hari ini adalah dunia yang ingin pantas dan ringkas pada segala-galanya, dari makanan, pesanan ringkas hinggakan pada urusan wudhu' pun mahu diringkaskan.
Melihat kepantasan dan ketergesaan umat hari ini dalam soal wudhu amat membimbangkan. Ramai yang berwudhu dengan sambil lewa dan tergesa-gesa hinggakan terdapat anggota-anggota wudhu yang tidak disempurnakan dengan sempurna.
Muka tidak disapu sepenuhnya, rambut hanya berpada pada 3 helai sahaja, rataan di tangan yang tidak dipanjangkan ke siku, melalukan sahaja air pada kaki tanpa menggosoknya hingga terabai tumit dan celah-celah jari adalah antara kesalahan utama dalam wudhu yang dibimbangi wudhu itu tidak sah. Tidak sah wudhu bermakna tidak sahlah solat.
Hukum mengambil wudhu dengan sempurna sebelum solat adalah wajib. Jika kekurangan ilmu tentang kesempurnaan wudhu menjadi alasan pada seseorang untuk mengabaikan wudhu yang sempurna, maka menuntut ilmu tentang wudhu adalah wajib baginya.
Jika dalam urusan keduniaan, kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu hingga ke peringkat PhD, apakah dalam urusan wudhu dan solat kita hanya berpada setakat ilmu yang dipelajari di sekolah rendah sahaja?
Ayuh, kita sempurnakan wudhu kerana wudhu itu adalah perisai bagi mu'min dan akan menjadi cahaya bagi seseorang di akhirat nanti.
Berbuat baiklah, namun jangan sekali-kali kalian menghitung-hitungnya, ketahuilah bahwa sebaik-baik amalan kalian adalah solat, dan tiada yang dapat menjaga konsistensi dalam berwudhu kecuali orang yang beriman.” (HR.Ibnu Majah dan Al-Hakim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment