Pilihanraya telah lama tamat, namun kehangatannya masih terasa.
Malaysia memang sebuah negara yang unik. Iklim politiknya akan sentiasa kekal panas sepanjang lima tahun sehingga pilihanraya seterusnya. Walau apa pun, kita harap yang terbaik untuk Malaysia, semoga negara akan terus kekal aman dan sejahtera.
Banyak yang ingin saya ulas tentang politik Malaysia, terutamanya setelah saya merasai sendiri suasana tersebut ketika balik bercuti untuk mengundi selama seminggu pada minggu lepas. Tapi dek kerana kerja yang tertangguh, nampaknya saya terpaksa memberi tumpuan untuk mengulas angka-angka statistik dari PLS dan AMOS terlebih dahulu.
Utamakan yang lebih utama bak kata Stephen Covey. Kalau ada rezqi, harap minggu depan saya akan dapat mencoret dari bumi samba, pemenang juara piala dunia sebanyak lima kali.
Buat masa ini, mari kita berdoa agar Malaysia akan terus kekal sejahtera dengan ISLAM sebagai tonggak negara. Insyaallah.
Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Golden Principles of Happy Marriage
These 25 golden principles of
happy muslim marriage was compiled from last night talk by Imam Mahmud Kurcu at
Al Khalil Mosque, Adelaide. Feel free to share and distribute the words.
1)
Marriage is a long term ibadhah. It’s like a
marathon. It can be your road to jannah or road to Jahannam. The most important
thing is you must have the right knowledge.
2)
Islam is always the ultimate judge. When there
is a conflict, always asks, what does Islam says in this matter?
3)
Never and ever in your marriage say anything
negative about your spouse relatives/family.
4)
Never and ever argue in front of your in laws,
children, relatives or peers, even on facebook.
5)
Never and ever humiliate your spouse in front of
anybody.
6)
Never discuss your spouse private secrets with anybody.
7)
Never raised your voice at each other. Be calm
and take wudhu if you are angry.
8)
Men are the head of the house while the wife is
the advisor.
9)
Spend quality time with your spouse.
10) Don’t
be shame to say sorry.
11) Never
leave an issue/conflict unresolved before you go to sleep.
12) Never
and ever compare your spouse with other people.
13) Never
assume that your spouse can read your minds (especially for women).
14) Never
abuse the god given right of intimate obligation.
15) Never
lie to each other.
16) Always
approach a problem to solve it. A muslim is always part of the solution. Be
positive.
17) Don’t
insist on your partner. He will not change overnight.
18) Give
each other appreciation, respect and love EVERY SINGLE DAY.
19) Never
generalize things about your spouse.
20) Before
demanding your right, fulfill your obligation/responsibility first.
21) Always
be mindful to Allah. Look at your spouse as a mirror. Always correct each
other.
22) When
something is wrong with your spouse or in your marriage, do not straight away
asks for divorce, always try to find the best solution.
23) Be
constant in remembering Allah, be grateful to Allah and always complement each
other.
24) Do
not pick on each other’s fault. Do not see every fault of your spouse.
25) Know
your responsibility and limits to your parents and in laws. For husband, don’t
trade your mom with your wife, otherwise you are sending yourself to the
hellfire.
Kosong
Kosong.
Pagi ini saya merasa amat kosong.
Saya cuba membaca buku Multivariate Data Analysis, tapi hilang fokus hanya
selepas sepuluh minit. Seterusnya saya cuba pula untuk menyusun dan
membersihkan data kajian dalam SPSS, juga tidak dapat bertahan lama. Membuka
AMOS, melihat ikon-ikonnya yang asing juga membuatkan saya merasa lemah.
Teringat e-mail Indrit dan
beberapa tugasan yang diminta oleh dia dan Robyn untuk disiapkan, juga saya
tidak ada semangat.
Entah apa yang terjadi pada saya
hari ini. Mental ‘block’? Mungkin juga.
Mungkin juga kerana kesalahan
besar dalam kaedah kajian yang hanya saya dapat kesan minggu lepas, mungkin
juga kerana kepulangan Dr Zaki ke Malaysia yang memberi kesan besar buat diri
saya, mungkin juga kerana situasi PRU di Malaysia di mana sahabat-sahabat
ISMA/BERJASA sedang berjuang hebat di medan PRU 13. Mungkin juga kerana ceramah
Imam Mahmud Kurcu semalam yang membuat saya rasa ingin terbang pulang segera
bertemu kedua ibu bapa.
Apa yang pasti pagi ini saya
berada dalam resah, dilema dan rasa kosong yang menghimpit.
Ustaz Fisol yang Saya Kenali
Selain dari ibu bapa, keluarga
dan murabbi (pendidik) pertama saya di Matrikulasi dan zaman pengajian di
Universiti Utara Malaysia, Akh Muhammad Shakirin Shaari, individu yang paling
banyak mencorak dan mewarnai kehidupan saya adalah Ustaz Abdul Fisol Bin Md
Isa, atau Ustaz Fisol.
Saya mengenalinya hampir lapan
belas tahun, sejak saya masih bersekolah di Lembah Keramat. Ketika itu beliau
masih bertugas sebagai guru di sekolah tahfiz yang terletak berhampiran masjid
Sobirin, hampir dengan rumah saya di Taman Permata. Saya sering menghadiri
kuliah Maghribnya tentang Tafsir dan Sirah yang disampaikan di Masjid Sobirin
dan kuliah kendalian beliau adalah antara kuliah yang paling saya dan ayah saya
minati ketika itu.
Fatimah Insyirah, Setahun Berlalu
| Beberapa detik selepas lahir |
Saat saya menanti di dewan
pembedahan Women’s and Children Hospital dengan penuh sabar, mendengar
tangisannya buat kali pertama dan melihatnya berlumuran darah diangkat keluar
dari rahim ibunya juga terasa seperti amat baru berlalu.
Hari ini, genap usianya setahun,
Insyirah telah berjalan dengan pantas ke sana dan ke mari. Wajahnya sentiasa
riang bila ada yang mengagah dan mengajak bermain. Mulutnya juga boleh tahan.
Seolah tidak sabar mahu berbual. Tidak ubah seperti kakaknya yang sulung.
Masa memang berjalan dengan amat
pantas. Segala-galanya terasa baru berlalu. Sedar-sedar nanti, terjaga di alam
barzakh dan kemudiannya berpindah pula ke alam akhirat yang kekal abadi.
Melihat perkembangan anak-anak,
saya tidak pernah gagal untuk merasa takjub. Melihat bagaimana dia mula
meniarap, kemudian menjulur, merangkak, berpaut perlahan dan seterusnya
berjalan, terasa betapa besar kuasa Allah yang menjaganya selama ini.
| Insyirah di Brisbane ketika salah satu dari misi dakwah di sana |
| Insyirah bersama Atuk ketika pulang ke Malaysia Julai 2012 |
| Insyirah dan Pillow Pet yang paling digemarinya |
| Meniarap di atas rumput di ladang ceri |
| Bersama Kakak Khadijah yang setia menemani setiap hari |
| Insyirah di Melbourne Museum menyaksikan pameran serangga |
| Moga membesar menjadi anak yang solehah |
Semoga Insyirah akan terus
membesar di bawah naungan rahmat dan perlindungan Allah. Perjalanan
kehidupannya selepas ini adalah lebih mencabar. Kami perlu mendidiknya dengan
tauhid, keimanan dan perjuangan, agar dia membesar sebagai seorang muslimah solehah
yang bermanfaat untuk ummah.
Sesuai dengan namanya, moga
Insyirah nanti akan menjadi muslimah yang sentiasa lapang dadanya dengan cahaya
Al Quran dan Sunnah, lapang kehidupannya di bawah perlindungan Allah, dan
menjadi penyejuk mata buat ayah dan ibunya seumpama Fatimah Binti Rasulullah.
Teruslah membesar anakku Fatimah Insyirah, moga Al Quran akan menjadi panduan kehidupanmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
