|
Beberapa detik selepas lahir |
Sedar tak sedar, telah setahun
Fatimah Insyirah dilahirkan. Terasa seperti baru semalam saya memasak ikan bilis
hangit ketika isteri saya dilanda alahan yang menyebabkannya langsung tidak
boleh ke dapur.
Saat saya menanti di dewan
pembedahan Women’s and Children Hospital dengan penuh sabar, mendengar
tangisannya buat kali pertama dan melihatnya berlumuran darah diangkat keluar
dari rahim ibunya juga terasa seperti amat baru berlalu.
Hari ini, genap usianya setahun,
Insyirah telah berjalan dengan pantas ke sana dan ke mari. Wajahnya sentiasa
riang bila ada yang mengagah dan mengajak bermain. Mulutnya juga boleh tahan.
Seolah tidak sabar mahu berbual. Tidak ubah seperti kakaknya yang sulung.
Masa memang berjalan dengan amat
pantas. Segala-galanya terasa baru berlalu. Sedar-sedar nanti, terjaga di alam
barzakh dan kemudiannya berpindah pula ke alam akhirat yang kekal abadi.
Melihat perkembangan anak-anak,
saya tidak pernah gagal untuk merasa takjub. Melihat bagaimana dia mula
meniarap, kemudian menjulur, merangkak, berpaut perlahan dan seterusnya
berjalan, terasa betapa besar kuasa Allah yang menjaganya selama ini.
|
Insyirah di Brisbane ketika salah satu dari misi dakwah di sana |
|
Insyirah bersama Atuk ketika pulang ke Malaysia Julai 2012 |
|
Insyirah dan Pillow Pet yang paling digemarinya |
|
Meniarap di atas rumput di ladang ceri |
|
Bersama Kakak Khadijah yang setia menemani setiap hari |
|
Insyirah di Melbourne Museum menyaksikan pameran serangga |
|
Moga membesar menjadi anak yang solehah |
Semoga Insyirah akan terus
membesar di bawah naungan rahmat dan perlindungan Allah. Perjalanan
kehidupannya selepas ini adalah lebih mencabar. Kami perlu mendidiknya dengan
tauhid, keimanan dan perjuangan, agar dia membesar sebagai seorang muslimah solehah
yang bermanfaat untuk ummah.
Sesuai dengan namanya, moga
Insyirah nanti akan menjadi muslimah yang sentiasa lapang dadanya dengan cahaya
Al Quran dan Sunnah, lapang kehidupannya di bawah perlindungan Allah, dan
menjadi penyejuk mata buat ayah dan ibunya seumpama Fatimah Binti Rasulullah.
Teruslah membesar anakku Fatimah Insyirah, moga Al Quran akan menjadi panduan kehidupanmu.
No comments:
Post a Comment