Ketika peperangan Al Asfim Ma’kul (Dedaun Hancur) sedang berlangsung,
salah satu kempen perang psikologi yang dilancarkan oleh rejim pengganas Zionis
yang diketuai sendiri oleh Netanyahu adalah meletakkan HAMAS sebaris dengan
ISIS.
Kempen ini antara lain memfokuskan persamaan antara ‘kekejaman’ HAMAS
dan ISIS yang menghukum pembelot dan lebih utama, keduanya mempunyai ideologi
jihad bersenjata yang merbahaya.
Tindakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengukuhkan lagi
justifikasi bahawa HAMAS dan sayap ketenteraannya yang gagah perkasa iaitu
Briged Izzuddin Al Qassam adalah pengganas yang wajar diperangi dengan apa jua
cara sekalipun.
Media-media pro rejim pengganas Zionis seperti biasa mengalunkan
pembohongan ini dalam pelbagai laporan dan analisis, tujuannya hanya satu,
iaitu untuk mewajarkan serangan rejim pengganas terhadap Gaza dan lebih
penting, untuk meletakkan mereka yang bersama HAMAS dan projek pembebasan
Palestin sebagai mereka yang pro kepada kumpulan pengganas.
Kempen ini ternyata satu kempen yang gagal walaupun cuba dipelopori oleh
pemimpin rejim pengganas sendiri seperti Netanyahu dan dipelopori oleh media
arus perdana seperti CNN kerana HAMAS dan ISIS adalah dua entiti berbeza yang
langsung tidak layak untuk dibandingkan. Satu berada di atas jalan perjuangan
yang hakiki untuk membebaskan Al Aqsa dan menentang musuh Allah nombor satu,
satu lagi terkeliru, terlibat dalam kafir mengkafir dan menumpahkan darah kaum
Muslimin sewenang-wenangnya.
Terdapat lima sebab utama mengapa HAMAS dan ISIS adalah langsung tidak
layak untuk dibandingkan. Pertamanya adalah kerana HAMAS adalah milik rakyat
Palestin dan perjuangannya adalah jelas, iaitu untuk membebaskan setiap inci
tanah Palestin yang terjajah dari cengkaman rejim pengganas Zionis, tokoh-tokoh
yang mengasaskan HAMAS dikenali dengan kemuliaan mereka seperti Sheikh Ahmad
Yassin, Dr Abdul Aziz Rantissi dan Salah Syahadah. ISIS pula tidak diketahui
milik siapa, bahkan ia muncul dari kekaburan dan diketuai oleh Abu Bakr Al
Baghdadi, seorang tokoh misteri yang dikatakan di’cipta’ oleh CIA untuk
memporak perandakan umat Islam.
Kedua, sasaran utama HAMAS/Al Qassam adalah tentera rejim pengganas
Zionis dan lokasi-lokasi strategik di tanah yang terjajah, HAMAS tidak mensasarkan
mereka yang tidak berdosa dan tidak ada kena mengena. ISIS pula menjadikan
banyak dari kumpulan mujahidin sebagai sasaran utama mereka. Wartawan dan
aktivis kemanusiaan juga tidak terlepas dari penculikan dan pembunuhan oleh
kumpulan ini.
Ketiga, HAMAS mengutamakan perpaduan diantara umat Islam. Walaupun telah
banyak kali dikhianati oleh kumpulan Fatah, namun HAMAS tetap berusaha untuk
mencari jalan damai dan bersatu dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain di
Gaza. Bahkan sebelum peperangan bermula, HAMAS telah mengorbankan
pemerintahannya di Gaza untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama dengan
Fatah. Briged ketenteraan Al Qassam juga tidak pernah menjadikan
kumpulan-kumpulan mujahidin lain sebagai sasaran, bahkan mereka berjuang
bersama-sama kumpulan-kumpulan lain seperti Saraya Al Quds dan Jihad Islam
untuk menentang rejim pengganas Zionis yang menceroboh tanah rakyat Palestin.
Sementara itu, ISIS diketahui umum menjadikan kumpulan-kumpulan mujahidin lain
sebagai sasaran. ISIS sewenang-wenangnya mengkafirkan kumpulan-kumpulan
mujahidin yang lain dan mengisythiharkan perang terhadap mereka.
Keempat, tentera-tentera HAMAS/Al Qassam ditarbiah dengan tarbiah Islam
dari sumber yang sahih dan setiap dari mereka sebelum direkrut menjadi tentera,
ditapis tahapan keimanan dan akhlaq dan hanya mereka yang benar-benar layak
sahaja yang boleh menyertai ketumbukan tentera Briged Al Qassam. ISIS pula
menggunakan media sosial untuk merekrut tentera dan banyak pemuda-pemuda yang
berfahaman radikal, tidak matang dan tidak cukup ilmu akhirnya tertipu dengan
lambaian jihad oleh ISIS. Mereka ini akhirnya dipergunakan oleh musuh untuk
memecahkan kesatuan umat Islam sendiri.
Kelima, HAMAS/Al Qassam walaupun menjadikan jihad bersenjata sebagai
jalan utama untuk menentang penjajahan, tetapi tidak sewenang-wenangnya
mengisythiharkan khilafah dan melantik khalifah dan menuntut agar seluruh umat
Islam taat pada mereka seperti yang dilakukan oleh ISIS. HAMAS yang walaupun
mempunyai hubungan yang rapat dengan Ikhwan Muslimin yang menjadikan khilafah
Islam sebagai salah satu matlamat panjang perjuangan, memahami bahawa jalan
untuk membina khilafah adalah satu jalan panjang yang memerlukan kesepakatan
sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. ISIS yang dinyatakan sebagai
mempunyai ciri-ciri kumpulan khawarij, seperti yang diketahui, melantik Al
Baghdadi sebagai khalifah dan memohon bai’ah seluruh umat Islam pada mereka,
satu tindakan ekstrem, tergesa-gesa dan langsung tidak mempunyai nilai di sisi
syara’ menurut Syeikh Yusuf Al Qardhawi.
Kesimpulannya, HAMAS bukan ISIS dan ISIS bukan HAMAS. Perbezaan antara
keduanya adalah amat jelas, sejelas perbezaan antara malam dan siang. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa mungkin ISIS adalah ciptaan musuh-musuh Islam
yang diketuai oleh rejim pengganas Zionis untuk memberikan gambaran buruk
kepada setiap kumpulan mujahidin yang berjuang menentang kemerdekaan dan
kumpulan-kumpulan Islam yang berjuang untuk membangkitkan semangat Islam di
negara masing-masing.
Adalah amat penting untuk setiap umat Islam memisahkan diri dari ISIS
dan menjadikan HAMAS/Al Qassam sebagai gerakan Islam contoh dalam
memperjuangkan kedaulatan dan kemuliaan Islam. We are not ISIS, instead, We are
all Al Qassam!
Assalamualaikum, semoga Allah mebuka mata penulis. Kaji lagi tentang IS untuk kebenaran bukan untuk menjatuhkan. InsyaAllah penulis akan ketemu kebenaran. IS adalah himpunan grup2 mujahideen yang bergabung menegak kan bendera tauhid (laila haillallah muhammad rasulullah) bukannya bendera demokrasi ciptaan barat yg memecahbelahkan ummah. Kerajaan kuffar, kerajaan hipokrit amatlah takut tentang kebangkitan ini. tp, janji Allah bahwa Khalifah Bermanhaj Nubuwwah akan kembali memerintah umat suatu hari nnti. Detik ini insyaAllah akan hadir tidak lama lagi. InsyaAllah satu hari nnti Hamas akan bergabung dgn IS untuk menunduk kan kuffar dan menyatukan kembali ummah dibawah satu bendera tawheed dan diperintah dibawah khalifah yg satu. Bi iznillah.
ReplyDeleteQ&A tentang IS : http://justpaste.it/ValidityofKhilafah
Rujuk: http://alhayaten.blog.com/archive4alhayaten/
Bismillah...nasihat sy pd penulis lebih baik anda diam dr mengulas tentang IS / ISIS kerana apa yg anda katakan akan dipertanggungjawab di hadapan Allah SWT. Jika tdk tahu atau ragu2, atau musykil tentang IS, diam itu lebih baik. Ok? Salam
ReplyDeleteSalam, anda nak suruh Majlis Ulama Syria dan Kesatuan Ulama Dunia diam juga ke? Ulasan saya adalah berdasarkan kenyataan para ulama yang berada di sana, bukan dari media Zionis. Maaflah, saya lebih percaya kepada kenyataan para ulama yang terbukti thiqah berbanding IS.
ReplyDelete