Antara
alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis
sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan
mereka di Tebing Barat adalah ‘Israel has the right to defend itself from militants’
iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al
Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.
Terkini,
‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan
kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap
serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.
Alasan
ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong
tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama, John Kerry, Francois Holande,
Angela Merkel dan lain-lain, juga diulang-ulang oleh media-media yang sering
menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN, BBC dan ABC.
Malah,
ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini
iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian
dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.
Hakikat
yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa
jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa
jua persenjataan yang ada.
Sebab
yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang
dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu.
Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang
haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga
secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak
dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.
Jadi
rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat
Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut
undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan. HAMAS,
Jihad Islam, FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk
berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman
penjajah.
Sebab
yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah
rakyat Palestin dengan amat kejam. Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang
langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan
29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau
Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi. Menurut statistik dari UN sendiri,
dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja. Itu
belum yang dipenjarakan, mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan
dihalau keluar.
Apakah
satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas
penjarahan demi penjarahan yang dilakukan? Atas sebab ini, roket-roket HAMAS
mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang
dibina di atas darah rakyat Palestin.
Sebab
yang ketiga, rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun
rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya. Tidak pernah ada rundingan
yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya
akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja.
Sebab
yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan
laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman
pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari
dunia luar. Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan,
hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Nelayan
juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai
Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau
ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis.
Gaza
juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis
sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan
senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan
kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Antaranya adalah serangan pada tahun
2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu,
kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga
diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh.
Tidak
ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila
melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka
hati, sekolah dan masjid dimusnahkan, bahkan dalam operasi terbaru yang sedang
berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap.
Media
sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada
Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum
ini. Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih
ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai
dendangan alasan rejim pengganas Zionis,‘Israel has the right to defend itself’?
Go
to hell!
No comments:
Post a Comment