Salam Ramadhan Al Mubarak 1434 Hijrah

Cara terbaik untuk memulakan langkah memperjuangkan Islam dan membela saudara-saudara kita yang tercedera dan terkorban syahid dibunuh oleh pihak musuh di mana-mana dunia Islam adalah dengan memperbaiki diri kita sendiri terlebih dahulu.

Jika sebelum ini kita culas ke masjid pada waktu Isya' dan Subuh, gagahkan langkah kita untuk menuju ke masjid bermula di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya para pendokong agama Allah itu adalah mereka yang hatinya dekat dengan masjid.

Jika sebelum ini mata dan telinga kita biasa melihat dosa dan mendengar halwa-halwa yang tidak memberi apa-apa makna, tinggalkanlah sedikit demi sedikit, kerana doa yang mustajab itu datangnya dari hati yang bersih dan hati yang bersih itu datangnya dari mata dan telinga yang terpelihara.

Jika sebelum ini mulut dan jemari kita biasa berkata dan menulis racun-racun berbisa yang melukakan saudara, tahanlah mulut dan tangan itu dari memperkatakan yang sia-sia, apatah lagi dosa yang nyata, kerana pejuang Allah itu sentiasa memelihara lisan dan tangannya dari melukakan saudaranya yang seagama.

Sama-sama kita berusaha agar Ramadhan ini jadi Ramadhan kita yang terbaik, moga Allah mengampunkan segala dosa dan menerima amal-amal kita di sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Salam Ramadhan Al Mubarak dari kami sekeluarga, ampun dan maaf dipinta jika ada dosa yang sengaja mahupun tidak disengaja.

Mohd Hisham Mohd Sharif
Hasifah Zainuddin
Humaira' Mohd Hisham
Khadijah Hanan Mohd Hisham
Fatimah Insyirah Mohd Hisham

1 comment:

  1. Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga mendapat keberkatan,kerahmatan,kesejahteraan,kemuliaan dan mendapat hidayah serta pahala berlipat kali ganda oleh Allah Taala di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete