Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Usaha Tangga Kejayaan
“Saya nak u all guna PHP dan MySQL untuk projek ni, jadi u kena download PHPMyAdmin dan explore it all by yourself” aku memberi arahan kepada kumpulan (P) yang datang bertanya tentang tools apa yang sesuai untuk digunakan bagi membangunkan aplikasi pengkalan data berasaskan web bagi subjek BKAS3093 (Projek Sistem Maklumat Perakaunan).
“Alaa En. , susahla, nak kena belajar pulak, kalau kami guna VB 6 je tak boleh ke?” Min selaku ketua kumpulan membuat permintaan dengan wajah yang sedikit kelat.
“Tak boleh, u kena guna PHP juga” aku bertegas untuk kebaikan mereka juga.
“Alaa en., Takde masa la, nak download lagi, nak explore lagi, lagipula subjek lain pun banyak tugasan juga” sekali lagi Min memberi pelbagai justifikasi, sambil wajah ahli kumpulan yang lain juga kelihatan resah dan berharap agar mereka tidak perlu bersusah payah belajar dan membangunkan aplikasi menggunakan PHP.
Aku berfikir sejenak, macamana nak nasihat budak-budak ni...
“Ok, beginilah, dulu masa u all kanak-kanak dulu, u reti makan nasi tak” aku memulakan sesi motivasi.
“Mestilah reti En.” Min menjawab ringkas.
“Mana ada, u belajar untuk makan nasi kan, dari tidak tahu kepada tahu, dulu u all ni berjalan pun tak reti, tapi u all belajar untuk berjalan hingga akhirnya pandai berlari dan pandai melompat pula” aku membuat perbandingan kepada mereka tentang perlunya untuk mereka belajar perkara-perkara yang baru dalam hidup.
“Dalam kehidupan, kita akan sentiasa berdepan dengan perkara yang kita tidak tahu untuk melakukannya dan kita semua sentiasa kena belajar untuk menjadi tahu dan mampu” aku terus memberi semangat kepada mereka.
“Memanglah susah, tapi tidak ada benda yang mudah dalam dunia ni, selepas berusaha dan belajar baru sesuatu perkara akan jadi mudah” aku menambah lagi.
“VB 6, u all dah tahu, sekarang anggaplah ini peluang untuk u all belajar sesuatu yang baru, memang pada mulanya akan rasa susah dan mungkin banyak kesilapan yang akan dibuat, tapi inilah namanya pembelajaran...”
“dan saya juga faham kekangan u all, dan saya tidaklah mengharapkan kesempurnaan, tapi saya nak lihat usaha dan kerjasama awak semua...OK?” aku menghabiskan sesi motivasi tengahari itu.
“Baiklah En...” perlahan sahaja mereka menjawab, mungkin masih tidak berpuas hati kerana terpaksa belajar PHP secara sendiri pula.
Ilmu adalah sesuatu yang perlu dipelajari, tidak ada jalan singkat atau jalan mudah untuk menuntut ilmu, kejayaan hanya akan datang selepas kesusahan.
Terus berusaha pelajar-pelajarku...kerana usaha tangga kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baiklah, en.Hisham..akan kami usahakan sebaik mungkin...doakan kami cemerlang...semoga mambang tidak lg mganggu kami...Amin...
ReplyDeleteGo Go Chaiyo!
ReplyDeleteAku teringat subject Programming 1st sem. Aku siapkan projek 1 sem dalam masa 1 bulan.
ReplyDeleteHantar kat lecturer, dia suruh aku buat Games. Katanya, dia tahu aku boleh buat so, jika aku buat Games, banyak benda baru yg akan aku belajar.
Aku terima cabarannya. Aku terpaksa belajar sendiri benda- benda yg akan diajar lepas mid sem nanti.
Aku berjaya! Bila belajar subjek lepas midsem aku senang tangkap sebab pernah buat. Amat- amat mudah untuk belajar.
Belajarlah! Anda takkan rugi! Bahkan anda mungkin akan berterima kasih nanti....
Azman A Aziz
Maaannnn!!...mana pergi, blog pun lama x update...rindunya kat sifu aku yang sorang ni...
ReplyDeleteHahahaa.... Beruzlah.
ReplyDeleteAku mencari dunia.... sesat di akhirat.
Nasib baik ada sahabat2 yg boleh tunjukkan jalan.
p/s: Sampai masa nanti aku akan ke Kedah, belanja sahabat2 Ikan Bakaq Kuala Perlis. InsyaAllah. Rindu kat sahabat2 semua terutama anta, ustaz arif, abg din & en suki.
Masyaallah..kecik tapak tangan, restoran linda ikan bakar kami tadahkan...lama x sembang2 dgn enta...
ReplyDeletebestnye...nak gak blaja PHP tuh...huhuhu
ReplyDelete