Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Bukan Chenta Biasa
Semalam ketika berforum di kem CUDIPT anjuran krimkedah, aku diajukan satu soalan oleh peserta.
“Soalan ni saya nak ajukan pada En. Hisham” seorang peserta bangkit selepas sesi soaljawab mula dibuka.
Aku melirikkan mata kepada seorang pelajar lelaki berbaju coklat.
“Nama saya Fawwaz dari Pendang, dulu bersekolah di STAR Ipoh, sekarang sedang menanti keputusan SPM, soalan saya ialah...”
Kata-katanya terhenti seketika, diambilnya nafas sebelum soalan diteruskan.
“Bagaimana kita nak bercouple secara islam?” Fawwaz bertanya sambil tersengih-sengih, begitu juga aku lihat peserta-peserta lain, pelajar perempuan ada yang tersipu-sipu malu.
Telah aku jangka, soalan begini pasti keluar setelah dalam sesi forum aku menjelaskan akan natijah perhubungan antara lelaki dan wanita khususnya remaja diluar ikatan perkahwinan.
Aku juga turut tersenyum mendengar soalan itu dan perlahan-lahan mikrofon diangkat untuk memberi jawapan.
“Ok, begini, agak-agaknya bagaimana caranya couple yang Islamic tu ye?” aku melontarkan kembali persoalan tadi kepada pelajar, sambil aku mengingat beberapa artikel yang pernah aku baca hasil tulisan Ustaz Fauzi dan juga Ustaz Hasrizal dalam mengulas isu “couple Islamic” ini.
Seingat aku, ada beberapa artikel yang baik untuk dibaca oleh remaja yang ingin mencari panduan dalam isu ini, antaranya “Sepinggan Dosa Berulam Pahala”, “Teori Evolusi Cinta” oleh Ustaz Hasrizal di saifulislam.com, “Cinta Anta Anti” karangan Ustaz Maszlee dan “Cinta Oh Cinta” karangan Ustaz Fauzi Asmuni di satuperkongsian.wordpress.com. Versi yang lebih menarik yang pernah dijumpai adalah karya Cinta Sempurna dalam bentuk comic strip hasil karya norhikari
Jika mencari panduan cinta yang lebih lengkap, boleh juga merujuk buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga juga oleh Ustaz Hasrizal dan pastinya buku Tentang Cinta oleh Pahrol Md. Juoi.
Dalam sesi yang ringkas sebegini, sukar juga untuk aku menyusun perkataan mencari sebuah simpulan kepada bacaan-bacaan tadi, bagi difahamkan kepada adik-adik yang masih mentah dalam dunia cinta remaja.
“Mungkin begini kot”...aku menjawab sendiri pertanyaan tadi setelah ku lihat adik-adik di depanku hampir tenggelam dalam khayalan sendiri.
“Datingnya berteman, keluarnya bersama kawan-kawan...perbincangannya hanya perkara-perkara yang meningkatkan iman” aku memulakan bicara.
“saling bersms pula dalam ketaatan, masing-masing saling ingat mengingati dalam kebenaran”
“Jika couple biasa, begayut di telefon, mungkin couple Islamic ini saling miscall jam 3 4 pagi, mengejutkan teman seperjuangan agar bangun bermunajat kepada tuhan.”
Rata-rata peserta yang tadinya mengantuk-ngantuk kembali bulat matanya, ada yang ketawa kecil dan ada pula yang tersengih gembira...
“smsnya pula mungkin pada mengingatkan agar terus tabah dalam perjuangan, kalau couple biasa mungkin ayat-ayat cintanya berbunyi “aku cinta pada mu duhai kekasih hati”, tetapi couple yang Islamic ini ayat-ayat cintanya mungkin “marilah kita bersama mengejar redha ilahi” atau “ana doakan enti terus tabah menghadapi dugaan dalam perjuangan, moga semangat kita terus maju mengalir bersama deru dakwah”
Kemudian aku berhenti seketika, berfikir sambil bait-bait nasihat disusun dikepala.
“Adik-adik kena ingat, syaitan ini memang makhluk yang cukup pandai menipu, pada orang biasa mungkin cukup sekadar yang berpangkat prebet atau sarjan sahaja, tetapi bagi para da’ie “utusan” yang dihantar mungkin bertaraf sarjan mejar, kapten atau mungkin mejar.
Tipu dayanya lebih halus, licik dan diperhiaskan agar kelihatan indah dan dirasakan cinta itu adalah cinta qudus dalam mencari redha tuhan.” Aku mula menyampaikan point penting, kali ini dengan nada yang lebih serius.
“Mula-mula mungkin berutus sms nasihat perjuangan dan hadis-hadis bimbingan, tapi lama kelamaan ada terselit gurau senda dan akhirnya jadi sms biasa. Dari sms upgrade kepada “calling calling” pula, kemudian berjumpa berteman dan kemudian hanya berdua-duaan. Kemudian bergesel lengan tika berjalan, upgrade pula kepada berpegang tangan dan akhirnya bercumbu-cumbuan dan akhirnya terjadilah apa yang terlarang dan ketika itu bersoraklah syaitan.”
“Maka ketika itu akan hadirlah bayi-bayi terlarang, ada yang selamat tapi ramai yang dibuang, dari dosa zina kepada dosa membunuh pula”
“kesimpulannya, tidak ada istilah couple Islamic, kalau nak bercouple juga, lafazkanlah aku terima nikahnya dan bersedialah untuk menerima tanggungjawab, tapi kalau tak mampu, berpuasalah” aku mengakhiri jawapan dengan mengambil ibrah kepada hadis nabi yang menyuruh agar para pemuda berkahwin segera.
Sesungguhnya cinta hadir dengan komitmen dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan, cinta pada Allah menuntut kita menjadi hamba kepadanya, cinta pada Rasul menuntut kita taat dan patuh akan ajaran dan sunnahnya, cinta ibu bapa pada anak-anak menuntut pengorbanan membesar dan mendidiknya dengan penuh tanggungjawab, manakala cinta suami pada isteri menuntut komitmen dan tanggungjawab tertentu yang harus dipenuhi.
Cinta tanpa tanggungjawab dan komitmen hanyalah cinta palsu yang disulam indah oleh syaitan yang pandai menipu, berhati-hatilah, kerana fitnah yang paling besar bagi seorang lelaki adalah pada godaan wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah syam...terer hang jadi pakar motivasi...ko buat apa sekarang
ReplyDeletemana ada pakar motivasi daa..aku pi bg talk kat forum kem lepasan SPM je, sesi perkongsian pengalaman di IPT...
ReplyDeleteakhi, boleh jadi kaunselor cinta kat UUM ni.. ehehe ~
ReplyDeletebang, sy ni bru dh clash ngn pmpuan yg sy syg..sbb sy taw 2 mnde yg salah..kiteorang msg2 sdar dan xnk wt dosa lg..tp nk tnye, bleh ke sy simpan niat dan harapn kt dia tuk jadikan die halal tuk sy atau erti kte laen, jdi isteri sy? tq.
ReplyDeletesalam dik
ReplyDeleteCinta dan mencintai itu fitrah manusia, tapi kita harus matang untuk membezakan antara cinta dan syahwat. Cinta sejati yang berlandaskan redha Allah akan membawa kita ke syurga, cinta syahwat yang berlandaskan redha syaitan akan membawa kita ke jurang api neraka.
Biarlah masa berlalu dahulu, jika perasaan itu masih ada, maka beristikharahlah memohon petunjuk, jika memang benar itu pasangan adik, insyaallah tidak akan kemana. Menyimpan perasaan itu tidak salah, tapi hingga jika berkhayal dan membayangkan gambaran syahwat lebih baik harapan itu dipadamkan...