Hikmah Disebalik Sesuatu
Dalam perjalanan kehidupan kita, setiap musibah atau peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya, samada ianya kecil ataupun besar, carilah hikmah dengan mata hati yang celik, nescaya kita akan dapati di dalamnya hikmah yang kadang-kadang nyata, kadang-kadang tersembunyi.
Perancangan Manusia Perancangan Allah
Manusia merancang, tetapi jangan kita lupa bahawa Allah juga merancang, dan kita merancang apa yang kita fikirkan terbaik untuk diri kita, sedangkan Allah lebih tahu apa yang paling baik untuk setiap hambanya.
Apa yang ada jarang disyukuri
Kita sering merungut dengan apa yang kita tiada, sedang kita lupa apa yang ada pada kita. Bila apa yang ada itu telah tiada, barulah kita akan sedar betapa besarnya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.
No comments:
Post a Comment