Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Konflik Perasaan Kakak Humaira
Mendapat anugerah anak kedua adalah suatu keseronokan yang tiada taranya, syukur kepada Allah yang telah mengurniakan keselamatan kepada kedua-duanya. Moga hari-hari mendatang akan boleh kami hadapi dengan lebih ceria dan bermakna selepas ini.
Hampir seminggu, hidupku sedikit kusut masai, segala urusan bertaburan disana dan disini, harini baru hendak dikutip kembali serpihan-serpihan itu untuk disusun kembali.
Bagi Kakak Humaira, kedatangan adik baru yang ditunggu sekian lama, membuahkan perasaan yang bercampur baur pada dirinya. Tingkahlakunya sedikit berubah, pelbagai helah dibuatnya untuk mendapatkan perhatian kami.
Mulanya aku tidak berapa perasan perubahan dirinya, namun suatu malam tika mana sengaja dia menumpahkan air dari botol berkali-kali, aku menghampirinya dan bertanya.
“Humaira ni kenapa?” dengan nada sedikit tinggi...
Dia diam sahaja, sambil mata memandang ke bawah dan jemarinya mengenggam bajuku.
Aku bertanya lagi
“Humaira sengaja ke tak sengaja buat ni?” aku cuba merendahkan ton suara
Dia membatu lagi
“Humaira buat macam ni sebab apa, sebab takut ayah dengan ibu tak saying Humaira lagi ke?”
Dia mengangguk lantas tiba – tiba matanya berkaca, airmatanya jatuh berderai
“Humaira takut ayah, ibu dengan adik tak sayang Humaira dah” jawabnya kemudian diikuti dengan sedu sedan yang amat menyedihkan.
Aku lantas memeluknya, isteriku yang baru pulang petang itu dari wad juga terkesima, lantas aku membisikkan ke telinga anak kesayanganku
“Humaira, walau apa terjadi sekalipun, ayah tetap sayang Humaira sepenuh hati, ibu pun begitu juga”
Pelukannya makin erat, airmatanya makin lebat berguguran
Aku dan isteriku berpandangan sesama sendiri, selepas ini kami harus bijak bermain perasaan agar tidak mengguris hati kakak dan adik, kasih sayang harus diagihkan dengan seadil-adilnya.
Mempunyai anak yang ramai memang menyeronokkan, tetapi amanah yang dipikul juga makin berat, tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar memberi makan minum dan belaian perasaan sahaja, tetapi perlu disertakan dengan hikmah dan kebijaksanaan sepertimana Luqman mendidik anaknya.
Moga Allah memberi kami kekuatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam hisham..tahniah dianugerahkan baby lagi..akak pun ari ni (12 ogos) baru 50 hari melahirkan anak keempat (3rd daughter).10 hari lg mula keja, @ 24 ogos..Salam Ramadhan dari kami.
ReplyDeletethanks and tahniah juga dari kami
ReplyDeletetahniah hisham.. moga kita ibu bapa dan anak2 jadik anak soleh solehah...amin.
ReplyDelete