Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Polemik Pakaian dan Aurat : Kefahaman yang Perlu Diperbetulkan
Sejarah menceritakan bahawa tujuan manusia berpakaian sejak dahulu lagi adalah untuk melindungi tubuh dari pelbagai ancaman luaran seperti kesejukan, gigitan serangga dan ancaman-ancaman lain. Pakaian juga satu simbol kebesaran, kemuliaan dan menunjukkan peribadi si pemakainya.
Dari ruang lingkup Islam, etika berpakaian adalah sesuatu yang cukup penting dan ada kaitannya dengan dosa dan pahala. Sah atau tidak ibadah khusus seperti solat dan haji bergantung kepada pakaian yang dipakai. Allah bahkan menyeru hamba-hambanya agar berpakaian yang indah-indah secara khusus apabila pergi ke masjid.
Perbincangan tentang pakaian dalam Islam tidak akan dapat dipisahkan dari masalah menutup aurat, kerana itu adalah antara objektif utama pemakaian dalam Islam. Bagi lelaki dan wanita, masing-masing mempunyai aurat tersendiri yang perlu ditutup kerana Allah.
Bagi lelaki, masalah menutup aurat biasanya jarang timbul, namun apabila membicarakan tentang aurat wanita yang secara teorinya cukup mudah iaitu wanita perlu memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan seperti mana ketika solat, perlaksanaannya banyak yang pincang dan membawa kepada jenayah berpakaian di sisi Allah.
Wanita sememangnya telah dicipta oleh Allah fitrahnya suka kepada perhiasan, terutama dalam berpakaian. Kerana itulah, hari ini di seluruh dunia, terdapat jutaan jenis fesyen pakaian wanita pelbagai jenis dan rupa bentuk. Fesyen yang menutup aurat, kita katakan alhamdulillah, tapi masalahnya trend fesyen hari ini lebih banyak yang melonggarkan masalah menutup aurat.
Antara komponen yang paling penting dalam aurat wanita adalah rambutnya, wanita bukan sahaja perlu menutup rambut, bahkan melabuhkan tudung sehingga ke dada.
Hari ini, trend pemakaian tudung dikalangan wanita muslimah secara khusus di Malaysia amatlah cacamarba. Pelbagai jenis fesyen tudung diperkenalkan, namun amat sedikit yang mematuhi syariat. Berikut antara beberapa trend terkini yang popular di pasaran tetapi menyalahi syariat :
1. Tudung jarang hingga menampakkan sanggul dan leher.
2. Tudung jambul yang hanya menutup sebahagian sahaja dari rambut.
3. Tudung yang hanya menutup rambut sahaja, tetapi menampakkan leher.
Begitu juga dengan trend yang digambarkan dalam gambarajah diatas, semuanya pincang dalam perlaksanaannya.
Menutup aurat, secara khusus wanita muslimah adalah satu tuntutan yang sangat diberatkan, ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia melibatkan dosa pahala.
Ramai yang menangguhkan pemakaian tudung dengan alasan belum sampai seru, namun sehingga bila seru itu akan tiba, adakah menunggu jemputan malaikat maut baru hendak bertaubat?
Ada juga yang berkata, “alaa, yang pakai tudung pun ramai yang buat maksiat, yang penting hati, tak pakai tudung pun kalau hati baik tak mengapa…”
Bagi yang berpendirian sedemikian, mereka perlu memahami bahawa manifestasi dari mempunyai sekeping hati yang baik akan mempunyai kesan terhadap penampilan luaran seseorang. Hati yang baik adalah hati yang takut kepada Allah dan takut juga untuk melanggar perintahnya. Bagi yang memakai tudung tapi terlibat dengan maksiat, urusan dosa mereka tidak ada kaitan dengan tudung yang dipakai, namun bagi yang enggan memakai tudung, terus terang mereka telah berbuat jenayah terhadap Allah yang sememangnya layak untuk diberi hukuman dan memberatkan timbangan dosa.
Tudung adalah lambang wanita muslimah yang taat, pemakaiannya yang sempurna akan dikurniakan ganjaran pahala dan diberikan ketenangan hati yang hakiki. Tidak salah untuk berfesyen, asalkan aurat ditutup dengan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mmm memang betul, masyarakat sekarang bila sebut tutup aurat yang mereka faham tutup rambut, tutup badan. Sama ada ia menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan syariat atau tidak, mereka tak ambil kira. Semua ini berpunca dari ketidak fahaman ummat islam tentang apa sebenarnya yang dikatakan sebagai menutup aurat. Bukan mudah untuk memahamkan mereka kerana Islam itu sendiri tidak difahami secara menyeluruh. Mereka hanya tahu atau ambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian... Sedih... sangat menyedihkan...
ReplyDeletebetul betul betul...
ReplyDeletesokong....
jika dilihat pada masa kni..pemakaian tudung lebih kepada fesyen,bukan atas sebab untuk menutup aurat...jika dilihat pada masa ini,rata2 tudung yg dijual jarang sehingga boleh nampak leher...tp nak wat camne itu lahh jenis tudung yg banyak dijual di pasaran sekarang...bagi yg sedar alhamdulillah...benang makin kurang kot pada zaman ini....