Anak-anak adalah amanah, antara perkara yang paling asas yang perlu diajar kepada anak-anak adalah konsep asas tauhid. |
“Good afternoon, how are you doing?” Sapa seorang wanita muda tinggi
lampai sejurus saya membuka pintu rumah. Petang-petang Sabtu begini saya rasa
saya dapat mengagak siapa yang datang bertandang.
“Good, very good,” balas saya. Di sebelah wanita muda itu ada seorang
lagi wanita yang telah lanjut usianya. Khadijah datang dan berdiri di sebelah,
dan kemudian berlalu pergi untuk kembali semula menonton rancangan Mr Maker
yang sedang ke udara di rangkaian ABC 2.
Setelah bertegur sapa, wanita muda itu mula menjelaskan tujuan
kehadirannya seperti yang telah saya jangka.
“Do you know about the truth? Are you interested to know about the
truth?” Tanyanya kepada saya tanpa berkias-kias.
Saya hanya tersenyum, biasanya malas nak melayan misionari Kristian yang
sering datang bertandang, tapi hari ini kebetulan tidak berapa sibuk kerana
tidak lagi mengajar di IICSA, jadi apa salahnya sekali sekala.
“Yes, what truth?” Balas saya ringkas, buat-buat tidak tahu.
“The truth about what will happen after we die, and the truth about
Jesus.” Terangnya sambil menghulurkan sekeping risalah dengan gambar Jesus
tertera di muka hadapan. Saya mengambil risalah itu dan membelek-beleknya.
Wanita muda itu melihat dan menanti respon.
“What do you think? Are you interested to know more?” Kata wanita itu.
“Well actually, I already have my believe about the absolute truth, I’m
a Muslim, to us, Jesus or we Muslim call him Isa as mentioned in the Quran, is
the prophet, and after death, human will be judged by the almighty Allah, the
one and only god.” Balas saya dengan yakin, menerangkan versi Islam tentang ‘the
truth’.
“Oh, that’s good, so, we both are a religious person, I believe that we
have a lot of thing in common then, by the way, can I come inside and show an
interesting video in this iPad about the truth of to your children?”
Jelasnya
sambil cuba mencari ‘persamaan’ sambil-sambil meminta izin untuk menyampaikan
dakyah kepada anak-anak saya pula.
“Wah, berani sungguh wanita ni,” getus saya di dalam hati.
Sebagai seorang ayah, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi
anak-anak yang masih hijau kefahamannya tentang Islam dari fahaman-fahaman yang
boleh mengelirukan dan memesong iman mereka seperti ajaran Kristian yang
menyatakan Isa adalah anak Tuhan.
Ini tidaklah bermakna saya mengabaikan tanggungjawab mendidik mereka
tentang tauhid, tetapi langkah perlindungan dari kesesatan sebelum kefahaman
mereka benar-benar matang dan mantap adalah satu perkara yang wajib dilakukan.
Amat malang di Malaysia, ada Muslim yang berhujah dengan mengatakan di
barat tidak ada sekatan untuk menyebarkan agama, dan kita sepatutnya
mengamalkan prinsip yang sama sebagai satu langkah keterbukaan dan kesaksamaan
dalam agama. Islam boleh berdakwah kepada penganut agama Kristian dan
agama-agama lain, tetapi pada masa yang sama misionari Kristian juga boleh
menyebarkan agamanya kepada masyarakat umum.
Kepada yang berhujah sedemikian, saya ingin bertanya, apakah anda akan
membenarkan misionari Kristian masuk ke rumah anda dan menyampaikan agamanya
kepada anak-anak anda yang masih mentah kefahaman tauhidnya?
“Absolutely no, sorry.” Kata saya
dengan tegas, sambil tersenyum tawar.
Sebelum sempat dia manyambung dakyahnya lagi, saya mengambil posisi,
giliran dia pula untuk mendengar tentang ‘the truth’ versi Islam.
“In Islam, there is only one god, which is Allah, we believe he had sent
prophets to us to teach us about his religion, Jesus is one of the prophet and
Muhammad (SAW) is the final messenger to all mankind.”
“Allah has sent the Quran to Muhammad (SAW) through angel Gabriel or
Jibril, in the Quran, there is guidance and wonders, it’s not just explaining
about the life in the hereafter, but Quran teach you to be nice to your
parents, to treat other people with good manners, Quran guides human on how to
live their life 100% as a Muslim. In the Quran, there are also scientific
wonders which have been proven in modern science such as the process of man
creation and lots of other things.”
“Islam is not just about performing religious rituals such as the 5
daily prayers or fasting in the month of Ramadhan, but Islam is a complete
religion, it come as a system to govern the life of all mankind. In Islam,
there is a guide on everything, economy, politics, parenting, love and even toilet etiquettes.”
“I really hope that you can try to compare your religion with Islam, I am
pretty sure that such a nice, lovely and religious person like you will
eventually find the truth in Islam.”
Jelas saya dengan yakin dan tidak berbelah bagi. Saya tidaklah
berpengalaman dalam berdakwah kepada non Muslim, tetapi sesekali bila mempunyai
peluang, saya cuba sebaiknya untuk menjelaskan berkenaan dengan Islam.
Wanita muda tersenyum sambil mengangguk-angguk dan setelah berbual
tentang beberapa lagi perkara, dia meminta izin untuk ke rumah lain pula, nyata
misinya di rumah kedua di lorong First Ave tidak berapa berjaya mencapai
KPInya.
“Wait before you leave, I want to give you something.” Saya lantas
berlari ke rak buku dan mencari sebuah buku tentang Islam untuk diberi
kepadanya. Kebetulan memang saya ada menyimpan beberapa buah buku berbahasa
Inggeris tentang Islam di rumah.
Ketika saya menghulurkan buku tersebut kepadanya, dia menolak dan
berkata, “Sorry, but I cannot accept this book, I already have a strong belief
that the truth is in my religion, otherwise I will not come here and knock your
door.”
“No worries, but I hope that one day you will open your heart to learn
about Islam.” Kata saya sebelum dia melangkah ke rumah yang seterusnya.
Saya membiarkan dia melangkah dengan hati terbuka. Terasa lega dan ‘release’
kerana dapat melunaskan sedikit tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Islam adalah satu-satunya agama yang benar, tidak ada kebenaran
melainkan di dalam Islam. Umat Islam dituntut untuk melayani dan menghormati
mereka dari agama yang berbeza dengan baik, tetapi tidak sekali-kali
mengiktiraf ajaran agama mereka.
Satu kekeliruan yang banyak berlaku dalam banyak projek dialog dan ‘engagement’
antara Muslim dan Non-Muslim yang berlaku hari ini adalah perbincangan banyak
berlaku dalam konteks yang salah, iaitu konteks untuk mencari persamaan dan
seolah-oleh mengiktiraf bahawa ada kebenaran selain dari Islam.
Lebih malang, ada yang sanggup bertoleransi hingga sanggup mencairkan
prinsip-prinsip Islam hingga lahirlah konsep-konsep sesat seperti kongsi rumah
ibadat, kongsi perayaan dan macam-macam lagi.
Mencari dan memupuk keharmonian bukan alasan untuk mencairkan
prinsip-prinsip agama, bahkan dalam banyak keadaan, umat Islam perlu
mempamerkan rasa mulia dengan agama kerana hanya dengan Islam, manusia akan
selamat dan dunia akan aman, makmur dan harmoni.
Yakinlah, bahawa kebenaran itu hanya ada satu jalan.
No comments:
Post a Comment