Hari ini ketika membeli nasi lemak di gerai kegemaranku di Taman Permata, aku tertarik melihat laporan muka depan sebuah akhbar tempatan berbahasa melayu tentang solat hajat yang ingin dilakukan oleh sebuah parti politik terhadap seorang ahli parlimen yang keluar parti.
laporan
Jika aku tidak silap, solat hajat itu secara khusus bertujuan mendoakan bala terhadap ahli parlimen tersebut jika dia tidak meletakkan jawatan dalam tempoh 7 hari kerana khianat. Aku bukanlah berminat untuk mengulas tentang pergolakan politik tempatan, tetapi...
Ketika mana Syafiah Humaira dibunuh dengan kejam, dimanakah solat hajat kalian?
Ketika masalah sosial remaja makin meruncing, dimanakah solat hajat kalian?
Ketika mana jenayah berleluasa dinegara kita, dimanakah solat hajat kalian?
Ketika mana setiap jiwa muslim dibunuh disana dan disini di seluruh dunia islam, dimanakah solat hajat kalian?
Dimana solat hajat kalian untuk kesejahteraan ummah ini?
Apakah solat hajat kalian hanya untuk politik kepartian semata-mata,hodoh benar
wajah politik yang kalian tonjolkan kepadaku...
Ataupun aku yang tidak mengerti, entahlah labu...
Salam Hisham .....
ReplyDeleteKalau ada kelapangan kakak selalu juga masuk blog Hisham. Betul tu, zaman sekarang banyak dugaan, kakak pun risau hal anak2.Cuti sek pun dah dekat, agaknya kat mana boleh kita hantar depa untuk belajar hal2 berkaitan fardu ain masa cuti ni.
Salam Hisham .....
ReplyDeleteKalau ada kelapangan kakak selalu juga masuk blog Hisham. Betul tu, zaman sekarang banyak dugaan, kakak pun risau hal anak2.Cuti sek pun dah dekat, agaknya kat mana boleh kita hantar depa untuk belajar hal2 berkaitan fardu ain masa cuti ni.
salam kakak ku yang sedang risau
ReplyDeletedalam zaman serba canggih ni, ilmu fardhu ain sahaja tak cukup kak, kena lengkap dengan filter tebal lagi, pembinaan jatidiri sebagai muslim...
akak dok mana? nanti saya bagi contact Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia