"Mereka (Umat Islam) tidak akan dapat mengalahkan kami (Kaum Yahudi) selagi mana mereka tidak menyempurnakan solat subuh mereka seperti mana mereka menunaikan solat Jumaat"
Golda Meir - Perdana Menteri Negara Haram Israel (19..)
Antara solat yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim adalah solat subuh, solat subuh besar ganjarannya, bahkan solat sunat 2 rakaat sebelum waktu subuh pahalanya lebih baik dari dunia dan seisinya...
Tapi, realiti hari ini sangatlah menyedihkan, solat subuh menjadi solat yang paling diremehkan oleh kebanyakan dari muslim hari ini. Lihatlah saja di masjid-masjid ketika waktu subuh, lengang dan sepi, bahkan ada masjid yang langsung tidak kedengaran azan dek kerana muazzin dan imam pun terlena dibuai mimpi.
Universiti, tempat dimana para pemuda bijaksana harapan bangsa berkumpul juga tidak terkecuali dari musibah ini, lihatlah masjid dan surau, pengalamanku 10 tahun di Universiti menyaksikan tika solat subuh, tiang lebih banyak dari pemakmurnya.
Aku pernah bertanya kepada beberapa pelajar yang cukup liat nak solat subuh pada awal waktu, jika waktu bagi peperiksaan diawalkan dari jam 9 am ke 6 am, sanggupkah mereka bangun?
Dengan bersemangat mereka menjawab "Sanggup en., takkan kami nak tuang final exam lak, naya le kena belasah ngan orang tua saya nanti"
Aku kemudian bertanya balik kepada mereka "Haa, kalau pegi Final Exam boleh...pasai apa tang nak solat subuh liat..."
Mereka hanya tersengih bagai kerang...,
itulah realiti kebanyakan dari masyarakat hari ini, untuk dunia sanggup bersungguh-sungguh dan bermati-matian bekerja, tapi untuk akhirat, banyak sungguh alasannya...
Umat Islam tidak akan cemerlang selagi mana dunia berada dihati mereka, bukan di tangan mereka..Umat Islam tidak akan cemerlang selagi mana mereka menjadikan dunia sebagai keutamaan mengatasi keutamaan akhirat...
Sungguh benarlah hadis Rasulullah bahawa umat akhir zaman ini ibarat buih kerana terlalu cinta pada dunia dan takut pada mati....
No comments:
Post a Comment