On Error Resume Next

Dalam pengaturcaraan, terdapat suatu konsep yang dipanggil debugging, antara komponen yang digunakan dalam bahasa Visual Basic untuk proses debugging dan error trapping adalah On Error Resume Next.

On Error Resume Next adalah satu kaedah untuk memastikan program terus berjalan walaupun terdapat kesalahan di dalam kod. Walaupun ianya seolah-olah berkesan untuk memastikan kelancaran program, tetapi kaedah ini adalah ibarat menyapu sampah dibawah permaidani, untuk penyelesaian jangka pendek mungkin ianya berkesan untuk memuaskan hati klien, tetapi untuk jangka panjang, kesalahan-kesalahan yang timbul dalam program tidak lagi akan dapat dikesan dan akan menimbulkan logic error yang jauh lebih berbahaya.

Begitu juga dengan kehidupan kita, walaupun kadang-kadang dengan mengabaikan tanpa menyelesaikan sesuatu masalah yang mendatang boleh memastikan hari kita dapat berlalu dengan lancar, akan tetapi, lambat laun timbunan masalah yang diabaikan pasti akan menghantui kita.

Adalah lebih baik bagi kita untuk menjadi seorang yang berani berdepan dengan masalah, dan bersabar dalam menyelesaikannya, berbanding membiarkan sahaja masalah berlalu tanpa ada apa-apa tindakan, yang paling penting, jangan bertangguh...

Berbanding On Error Resume Next, On Error Goto mungkin lebih sesuai...

2 comments:

  1. on error goto ...
    goto bahaya digunakan tetapi dlm kes on error adalah baik.
    dari resume next :-)
    cuba perlu diguna dengan berhati2, nanti jd pengulangan spaghetti (spaghetti looping).
    ..:-)

    ReplyDelete
  2. alamak, tok guru komen...

    huhu, kalau dapat endless loop...solution dia ctr alt del jele

    ReplyDelete