Terkini dilaporkan bahawa hampir 30 jiwa telah terkorban syahid manakala puluhan lagi mengalami kecederaan dalam serangan oleh tentera laut Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang tertindas. Tindakan Zionis Israel ini benar-benar telah melampaui batas dan pengecut kerana melakukan serangan terhadap konvoi keamanan yang tidak bersenjata.
Dilaporkan juga bahawa ada antara ahli konvoi ini adalah kanak-kanak dan juga orang tua dan sebilangan wanita yang ikhlas untuk membantu meringankan beban masyarakat Gaza yang sekian lama terkepung. Terbukti kini bahawa Israel telah melanggari batas-batas kemanusiaan dan hak asasi manusia apabila melakukan serangan ketika konvoi masih berada di perairan antarabangsa. Ketika ini dilaporkan bahawa Israel telah merampas sebahagian daripada flotilla yang membawa bekalan dan mengheretnya ke pelabuhan Haifa.
kita harus mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman diluar batas kemanusiaan ini dan saya menyeru agar umat Islam seluruhnya untuk mengutuk tindakan ini dan menitipkan doa buat konvoi keamanan ini agar segala urusan mereka dilindungi oleh Allah, Tuhan semesta alam.
Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Mari Berbangga Dengan Mereka (Lifeline4Gaza Diserang!)
Diberitakan bahawa 2 orang telah syahid, manakala 30 lagi telah mengalami luka parah dalam serangan tentera Zionis terhadap kapal Mavi Marmara yang menjadi induk kepada misi kemanusiaan menerobos tembok kematian di Gaza. Untuk makluman, misi kemanusiaan ini telah disertai oleh puluhan NGO termasuklah NGO dari Malaysia iaitu Haluan Palestin dan diketuai oleh sebuah NGO Turki.
Walaupun mereka telah berkali-kali menegaskan bahawa misi ini adalah misi keamanan yang membawa bekalan kemanusiaan serta tidak bersenjata walaupun dengan sebutir paku, namun kebiadapan tentera Israel terserlah apabila live footage yang terbaru menyaksikan komando tentera laut mereka telah menyerbu kapal Mavi Marmara dan mencederakan serta membunuh para sukarelawan yang tidak bersenjata (Pengecut punya komando!). Kelihatan kepungan tentera Israel melalui udara dan laut, juga kelihatan sukarelawan yang telah cedera dan terlihat juga tadi yang telah syahid.
Lihat live steraming disini http://lambaian-islah.blogspot.com/
Mari kita sama-sama berbangga dengan semangat dan keberanian mereka, kerana mereka telah membuktikan janji mereka dengan Allah.
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),” 33:23
Mereka telah menjalankan tugas mereka, mari kita jalankan tugas kita pula!

Teman Tertawa Teman Menangis
Ramai yang mengeluh tatkala dilanda musibah menyatakan bahawa teman tertawa mudah dicari manakala tika berduka, tiada siapa yang sudi menangis bersama. Wallahua’lam, mungkin benar juga kata-kata ini, kerana dalam zaman individualistik dan materialistik ini, banyak manusia yang hanya memikirkan tentang kepentingan dirinya sahaja.
Namun begitu, harus juga kita lihat diri kita dahulu, bagaimana muamalah kita bersama teman-teman sekeliling kita. Apakah kita ini teman tertawa atau teman menangis saat teman kita berduka. Jika kita bagi teman kita yang lain juga adalah teman tertawa, usahlah mengharapkan bahawa ada orang lain yang akan menjadi teman menangis tatkala kita berduka.
Jika kita ingin dikasihi, maka kasihilah orang lain terlebih dahulu kerana tidak akan dikasihi mereka yang tidak dikasihi (hadis). Jika kita ingin mempunyai sahabat yang sanggup menangis dan berduka bersama tatkala dilanda nestapa, persiapkanlah diri kita untuk menjadi sahabat tertawa dan menangis bagi sahabat-sahabat kita yang lain.
Marilah kita bersahabat kerana Allah kerana hanya persahabatan yang berasaskan taqwa akan selamat pada hari akhirat nanti.
,"Teman-teman akrab pada hari (kiamat) nanti sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."(QS. Az Zukhruf : 67).
Siapa yang lebih dipercayainya?
“waaahhh, ada durian, bestnya!” Humaira melompat kegembiraan tatkala melihat aku keluar dari kereta sambil menjinjit plastik besar durian D99 yang dibeli di MARDI Bukit Tangga tengahari tadi.
Dia menurutku masuk ke rumah, namun setelah kawan-kawannya memanggil, dia keluar semula untuk bermain. Setelah durian dibelah, terlihatlah isinya yang kuning keemasan, lantas aku mengisi beberapa ulas ke dalam mangkuk untuk diberi kepada Humaira dan kawan-kawannya.
“Humairaaaaa, mai sini sat” aku memanggilnya untuk memberikan mangkuk durian tadi, dengan wajah yang ceria dia menyambut dan terus dia berlari keluar dengan mangkuk durian tadi. Memang sejak kecil kami sentiasa mengajar Humaira untuk berkongsi apa sahaja dengan kawan-kawannya, dari coklat, pisang, kueh dan macam-macam lagi, ternyata Humaira begitu gembira apabila berpeluang untuk memberi.
Sebentar kemudian, dia masuk semula dengan wajah yang agak kelat, durian di dalam mangkuk masih belum terusik. “Eh kenapa maira?” aku bertanya kepadanya.
“Humaira mana boleh makan durian, sebab tengah gatal-gatal kulit” dia meluahkan perasaannya sambil menghulurkan mangkuk durian itu kepadaku kembali. Kebetulan, Humaira sedang dijangkiti oleh penyakit kulit yang kelihatan seperti demam campak, namun bukan demam campak, penyakit jangkitan kulit yang biasa menjangkiti kanak-kanak seusianya.
“Laa, durian boleh la, kalau udang ke sotong ke ayam ke memangla tak boleh sebab gatal” aku menerangkan kepadanya.
“Tak boleh, Ome cakap tak boleh” Ome adalah rakan sekelasnya di tadika yang tinggal dihadapan rumah kami, dia yang “menasihati” Humaira agar tidak makan durian rupanya.
“Boleh la maira, ayah kata boleh” aku menerangkan kembali kepadanya, sambil menahan ketawa.
“Tak boleh, ome kata tak boleeeeeeeeh...” dia masih tegar dengan “nasihat” dari rakannya, ternyata kata rakannya yang berusia 5 tahun lebih dipercayainya dari kata-kata ayahnya yang dah banyak makan garam.
Lalu terus dia berlari keluar dengan meninggalkan durian di dalam mangkuk yang tidak terusik meninggalkan kami dalam keadaan gelihati.
Namun, di dalam hati aku berfikir sendiri, jika pada usia 5 tahun dia lebih “tsiqah(percaya)” kepada orang lain selain dari ayah dan ibunya sendiri, bagaimanakah cabaran yang aku akan hadapi 10 atau 15 tahun lagi.
Ya Allah, lindungilah kami dari menjadi bahan bakar api nerakamu....

Doa yang baik pada hari yang baik
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ إِحۡسَـٰنًاۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬اۖ وَحَمۡلُهُ ۥ وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنۡہُمۡ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَنَتَجَاوَزُ عَن سَيِّـَٔاتِہِمۡ فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَعۡدَ ٱلصِّدۡقِ ٱلَّذِى كَانُواْ يُوعَدُونَ (١٦
Ayat Quran dari Quran Explorer
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". Al Ahqaaf : 15
Mereka itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka. Al Ahqaaf : 16
Subscribe to:
Posts (Atom)