Sampah oh Sampah


Baru-baru ini, aku dan keluarga telah berpeluang berkunjung ke peranginan Titi Hayun di Yan, Kedah bagi meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu. Namun, kegembiraan kami sekeluarga terencat tatkala melihat sampah bertaburan di sana dan di sini. Bukannya tiada tong sampah, tetapi sikap ambil mudah rata-rata dari pengunjung, merosakkan suasana dan mencemarkan alam.

Sampah sisa makanan, lampin pakai buang, pembungkus makanan, puntung-puntung rokok dan pelbagai jenis sampah dibuang merata-rata hingga ke dalam sungai. Kecewa dengan keadaan itu, kami memutuskan untuk ke satu lagi destinasi iaitu Tasik Darulaman di Jitra, kebetulan sebelum itu ada pertandingan memancing yang baru selesai dijalankan.

Setibanya di Tasik Darulaman, belum pun kami masuk ke kawasan tasik, kelihatan sampah bertaburan dengan begitu banyak sekali di sekeliling kawasan tasik. Kelihatan plastik, beg kertas dan sisa-sisa umpan ikan ditinggalkan begitu sahaja di kawasan tepi tasik. Melihat keadaan itu, kami membatalkan hasrat untuk berkelah dan terus sahaja pulang ke rumah.

Suasana begini juga saya percaya dapat dilihat dikawasan pasar malam ataupun majlis-majlis keramaian. Begitu juga tabiat membuang sampah dari cermin kenderaan di jalanan dan di longkang serta sungai. Mentaliti “tak apa” dan “ada petugas yang akan membersihkan” masih tebal bersarang di minda kebanyakan dari masyarakat kita.

Apalah salahnya jika kita menguruskan sampah masing-masing dan membuangnya di tempat yang telah disediakan. Hanya sedikit tenaga dan usaha yang akan dilibatkan. Harus diingat juga, kebersihan adalah sebahagian dari kebaikan islam dan ada nilaian dosa dan pahala.

Satu sampah yang kita buang merata-rata akan dihitung sebagai satu dosa yang menghampirkan kita kepada azab, manakala satu sampah yang kita uruskan dengan baik dengan dibuang ditempatnya atau dikitar semula, pasti ada ganjaran yang akan memberatkan timbangan mizan di akhirat nanti.

Mari kita sama-sama berazam untuk mengubahnya. Perubahan bermula dari dalam diri kita sendiri.

Dayus!

Kelmarin aku mengagahkan diri untuk cuba menonton rancangan Adamaya di TV3 yang katanya mendapat rating yang agak baik. Antara satu aspek yang menyebabkan aku terpanggil untuk menontonnya adalah kerana ramai yang memuji watak Adam dalam filem tersebut sebagai seorang lelaki baik, romantik dan penyayang. Bahkan ramai juga yang mengidamkan suami seperti Adam.

Setelah menonton filem itu, sangkaanku meleset, ternyata watak Adam yang dibawa jauh daripada gambaran lelaki hebat seperti yang digambarkan. Bagiku, dia hanyalah seorang lelaki lemah yang gagal mengawal isterinya dari perbuatan-perbuatan munkar atau jika mengikut definisi hadis, ternyata watak Adam setakat siri semalam adalah seorang lelaki dayus!

Sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Satu lagi riwayat adalah :

Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Nilaian kebaikan yang digambarkan ternyata tidak tepat dengan neraca kebaikan seorang suami menurut perspektif syarak. Seorang suami yang dapat memelihara diri dan keluarganya dari menjadi bahan bakar api neraka. Tidak wajar sama sekali bagi seorang muslimah untuk mengidam-idamkan seorang suami seperti itu. Sepatutnya idamkanlah seorang lelaki soleh yang dapat membimbingnya ke arah jalan kebaikan. Mungkin watak Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih lebih wajar untuk diidamkan oleh muslimah.

Berhati-hatilah dengan nilai yang dibawa melalui filem-filem atau drama. Ada yang baik, kita jadikan teladan, nilai yang buruk, harus kita pasang penapis tebal untuk kita jadikan sebagai sempadan.

Usahlah mengidamkan lelaki dayus sebagai suami anda wahai muslimah.

Suatu Hari Nanti

"Gambar ini diambil dari teleskop Hubble, menunjukkan tanda-tanda kebesaran alam ini"

Mendengar kisah tentang syurga semalam dalam kuliah tafsir surah Yaasin di surau taman tunku sarina semalam yang disampaikan oleh Ustaz Faisol, benar-benar menyegarkan iman dengan kesegaran yang tiada tandingannya.


Tiada kata yang dapat mengungkapkan rasa, tiada rasa yang dapat menggambarkan nikmat syurga yang sebenarnya. Sungguh motivasi terbaik bagi seorang mu’min dalam beramal adalah syurga. Tiada yang lain kecuali syurga.

Di dalamnya kita akan memperoleh segala-galanya, ye segala-galanya yang kita inginkan. Khayalkan apa sahaja, Allah akan memberi berkali-kali ganda. Sungguh syurga itu adalah kenikmatan dan keindahan yang tidak pernah tergambarkan oleh mana-mana manusia yang pernah hidup di atas muka bumi dulu kini dan dan akan datang.

Di syurga, kita akan hidup selama-lamanya, tiada pengakhiran, tiada kematian, tidak perlu risau tentang sakit, tua, tiada dendam dan cemburu dan tidak akan ada masalah yang membelenggu. Segala-galanya adalah bahagia.

Dunia yang hanya sebentar ini, walau sehebat mana atau sekaya mana pun kita adalah penjara bagi orang yang beriman, kerana kenikmatan sebenar bagi orang mu’min adalah di syurga.

Yakinlah, suatu hari nanti kita pasti akan mati, suatu kepastian yang pasti akan berlaku pada setiap makhluk di dunia ini. Suatu hari nanti kita akan dibangkitkan dan suatu hari nanti kita akan dihisab dan suatu hari nanti kita pasti akan ke syurga jika kita benar-benar beriman.

Yakinlah, suatu hari nanti, saatnya akan tiba ibarat tibanya hari esok selepas hari ini...

Husnul Khatimah

Hitung kesyukuranmu bukan kekuranganmu

Jika kita merasakan bahawa kita sedang menderita, pastinya ada yang lebih deritanya dari kita, jika kita merasakan bahawa kita mengalami terlalu banyak masalah, pastinya ada insan lain yang lebih besar dan hebat ujian yang ditanggungnya. Hitunglah setiap kesyukuran yang kita dapat bukan kekurangan kita....

E-mail ini di fwdkan oleh seorang rakan di UUM, dialami oleh salah seorang staf di UUM, moga Allah meringankan bebannya dan memberikannya kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian.
***********************************************************************
Salam,


Saya harap puan redha dengan apa yg berlaku....semua takdir Allah ada hikmah di sebaliknya. Pn...seharusnya bersyukur sebab Pn. masih lagi boleh melihat, mendukung dan bermain dengan anak Pn. walaupun dia lahir dengan kekurangan...ada insan yang mengandung 9 bulan tp tdk berpeluang langsung utk merasai nikmat menjadi seorang ibu....memiliki anak istimewa adalah satu rakmat dr Allah. tidak semua orang bertuah yang terpilih untuk menjaga dan memelihara ahli syurga...maka kasihilah dia, sayangilah dia jangan sisihkan dia lebih2 lagi membeza2kan dia dengan adik beradik yg lain.

Saya ingin berkongsi dengan PN. saya juga mempunyai seorang anak istimewa dan telah berusia 6 tahun...bayangkan orang lain yg telah memelihara anak ini 6 tahun, ada yg 20 tahun dan ada yg 40, 50 tahun...tapi Pn...baru 3 bulan....

Anak saya lahir tidak cukup bulan, 32 minggu atau 8 bulan disebabkan lemas, kerana tidak cukup oksigen. Anak saya lahir dengan pembedahan kecemasan walaupun saya tidak merasa sakit atau turun tanda...nadi anak saya hampir tiada. Alhamdulillah....anak saya selamat...walaupun badannya sudah hampir kebiruan kerana tidak cukup oksigen.

Anak saya ditempatkan di unit rawatan rapi untuk bayi yg baru lahir...selepas hari kedua walaupun badan ini lemah...saya gagahkan juga untuk bangun walaupun kesan bius masih lagi terasa....dengan berkerusi roda dan ditemani suami tercinta, saya ingin menjenguk anak saya di ICU.

Masuk saja di ICU...perasaan saya sebak apabila melihat anak ada di dlm balang oksigen dengan wayar penuh dekat badan anak saya. Ada line di tangan dan kaki...wayar glukosa di pusat, lampu dibawah, kiri, kanan dan atas. Anak saya tidak cukup oksigen, disahkan kepala kecil, kurang gula, fungsi hati bermasalah, jangkitan kuman di paru-paru dan jaundis yg teruk. Kalau diikutkan hati memang saya nak ambil anak saya dan meribanya dan menyusukannya...tapi apa kan daya treatment yg diterimanya menyukarkan saya untukelakukannya. Hanya air mata yg berlinangan...insan yg begitu kecil terpaksa menganggung sakit yang amat berat.

Setelah 5 hari saya dibenarkan pulang tanpa anak bersama kerana anak masih mendapatkan rawatan di hospital Alor star. Setelah 3 minggu, barulah saya boleh menjemput anak saya pulang. Seronok bukan main lagi.....saya terus menyusukan anak saya....satu lg perkara yg menyentuh hati saya telah terjadi...susu saya tlh kering kerana tidak disusukan selama 3 minggu. dgn hati yg berat saya terpaksa memberi susu tepung kpd anak saya.

Masa berlalu, anak saya berusia 5 bulan....tapi berat badan anak saya tidak naik2...hanya 2.5kg sahaja. bermula dengan tangisan yang tidak berhenti2 akhirnya anak saya terkena sawan (tarik). mengigil tubuh ini melihatnya badan kecil anak saya mengeras lebih kurang 15 minit. Saya bawa anak saya terus ke hospital. selepas 24 jam tidak mengalami perkara yg sama...dia dibenarkan pulang.

masa berlalu, anak saya berusia 8 bulan, masih belum boleh meniarap seperti kanak2 lain...berat badan hanya sekitar 2.8 kg sahaja. anak saya sawan lg. Kali ini kerap. selang setengah jam, dia akan sawan. Kami membawa anak ke hospital. Dr mulakan ubat sawan untuk anak saya. Dia diminta menjalani EEG. hasil drpd EEG mengatakan otak anak saya tidak normal. tapi pemeriksaan lanjut perlu dilakukan iaitu dgn melakukan CT brain scan. Setelah menjalani CT bran scan, DR sahkan penghubung antara otak kanan dan atak kiri anak saya tidak ada iaitu corpus collusum.

Saya masih ingat lagi apa yg diberitahu oleh DR.

' anak puan tidak normal. otaknya memang jelas tidak normal. dia tidak boleh hidup lama. jangka hayatnya mungkin tidak sampai 2 tahun'

Alhamduliillah dengan kuasa Allah dengan kasih sayang yg diberikan dia dah berusia 6 tahun sekarang.

Pada masa itu Dr seperti mati akal, semua ubat tarik tlh diberikan, dr dos biasa sehingga max dos, dr ubat biasa sehingga ubat paling kuat...tapi tarik anak saya tidak berhenti setiap 10minit anak saya akan tarik.

2 bulan berada di wad. akhirnya kami membawa anak pulang dan mencuba ubat kampung. Alhamdulillah akhirnya tarik anak saya semakin kurang.

Berat badan anak saya lambat naik. masa setahun hanya 3.6kg, 2 tahun hanya 4.8 kg. Selepas 3 tahun berat anak saya telah bertambah dan sekarang dah 12.5kg.

Satu lgi tamparan hebat buat saya, anak saya masuk wad lagi pd 2/9/2010. Mulanya kerana demam dan ulser dlm mulut menyebabkan anak saya tidak boleh makan.

Dr mengesahkan anak saya dihinggapi kuman paru2 untuk kali ke4. Air di tambah dlm badan anak saya sebab dia tidakmahu makan....masuk hari ke4 anak saya mula mahu makan. Tetapi keluar darah yg byk drpd mulut anak saya. Dr refer kpd dentis....DR sahkan gusi anak saya bengkak dan gigi reput. selepas 7 hari ditambah air, saya lihat ada sesuatu yg berlaku, terdpt ketulan di bawah perut anak saya, ada benjulan keras. Sya memberitahu DR. Dr. buat Xray. memang ada sesuatu pd Xray tp tdk nampak.

Keesokan harinya saya terkejut bila melihat benjulan td semakin besar. perut anak saya membuncit macam nak pecah, urat2 hijau kelihatan di sekeliling perut, dia tidak boleh bergerak, kaki dan tangan turut membengkak, air mata saya berjujuran keluar. Saya bagi tahu kat Dr. Dr pun hentikan air yang ditambah kpd anak saya dan terus menghantar ke Utra sound. Masa ultra sound, saya lihat pundi kencing anak saya bengkak sehingga melimpah ke atas dan menutup semua sumber ag=ngin untuk keluar, buah pinggang tlh bengkak kedua2 belah.

Dr. cuba masukkan tiub kencing melalui kemaluan anak saya tetapi tidak berjaya...bayang kan 6 org DR telah mencuba dr 3ptg sehingga 9 mlm....kemaluan anak saya telah bengkak menjadi kemerahan dan mengeluarkan cecair putih.

pakar bedah dipanggil....DR. bedah berjaya keluarkan angin menggunakan tibu dimasukkan di dubur anak saya. Air kencing perlu dikeluarkan segera untuk mengelakkannnya drpd pecah. tiub memang tdk blh dicucuk di salur kencing di bawah kerana sudah kena jangkitan kuman. satu sahaja penyelesaiannya ...tebuk di perut...untuk kebaikannya saya memberi persetujuan.

maka bermula lah episod anak saya kencing menggunakan SPC (tiub di perut). setelah 3 minggu menggunakan SPC. Dr bedah mengambil keputusan untuk mengeluarkan tiub. selepas 2 hari anak saya masih lg tdk kencing....maka tiub cuba dimasukkan lg dikemaluan anak saya....dengan menggunakan sejenis dadah yg seangkatan dgn morfin...akhirnya tiub itu berjaya dimasukkan. selepas 5 hari tiub itu di keluarkan. DR membuat uretrogram untuk melihat salur kencing anak saya. kalau tidak normal maka pembedahahn akan dilakukan. Uretrogram menunjukkan salu kencing anak saya normal.

bermula hari itu, anak saya hanya akan kencing sekiranya pundi kencing penuh tetapi tdk mengeluarkan seseluruhan air kencing. maka setiap hari dia perlu makan ubat pelali, semasa pengeluaran air kencing iaitu mencucuk tiub di kemaluan.

seminggu berlalu, ultra sound dibuat sekali lg. alangkah terkejutnya dr dan saya kerana dlm buah pinggang anak saya ada 2 ketul batu sebesar 2.55cm dan 0.57 cm. selain buah pinggang anak saya bengkak.

maka dr. mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan iaitu membuat vesicostomy iaitu luang kekal di bawah pusat untuk mengeluarkan air kencing. sampai ke hari ini anak saya kencing di perut. Skop juga dilakukan, ia menunjukkan diding pundi kencing normal, uretra pun normal...dr membuat keputusan masalah ini disebabkan saraf.

untuk batu dlm buah pinggang anak saya dr bg tempoh 1 bulan makan ubat untuk hancurkan batu. kerana pembedahan dan laser kedua2nya risiko tinggi kerana anak saya masih kecil. 17/5/2010 ini sekali lg ultra sound akan dibaut untukelihat saiz batu...kalau tdk ada apa2 perubahan mnaka tidak ada pilihan kecuali pembedahan atau laser yg akan dibuat di HKL.

sekarang anak saya ada bersama saya di ofice kerana saya hendak pastikan dia sentiasa ada di depan mata saya sentiasa.

Sayangilah anak puan itu walau bgmn sekalipun keadaannya.......