Salam,
Tulisan ini saya petik dari mailinglist pembina (persatuan belia islam nasional), mungkin berguna untuk rujukan muslimah:
*********************************************************************************
Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum meletakkan gambar (muslimah) (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?
Jawapan:
Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.
Firman Allah SWT:
Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )
Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:
عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم
Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :
عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه
Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)
Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:
Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemaha n ayat 30 surah al-Nur)
Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir
قال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.
“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan”
Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .
Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami
Hadith menyebut :
انما الأعمال بالنيات
Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat
Kaidah feqh menyebut :
الأمور بمقاصدها
Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS
Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Kejarlah yang kekal abadi
Berada di dunia ini, tiada apa yang kekal lama, segalanya pasti akan luput akhirnya.
Kita membeli makanan, dari nasi lemak berbungkus daun pisang yang berharga RM 1 hingga kepada ikan Siakap bakar atau sotong goreng celup tepung di Kuala Perlis, setelah dimakan diproses oleh sistem penghadaman, keduanya akan menatijahkan output yang sama. Jika dibiarkan tidak dimakan, lama kelamaan ia akan sejuk sendiri, hingga akhirnya basi dan berkulat sendiri.
Kita membeli gajet-gajet yang canggih, laptop Dell Studio dengan pemproses intel i7. Kamera DSLR dengan kuasa dan lens yang cukup hebat, telefon bimbit nokia E71 atau iPhone. Setelah beberapa tahun, komponen-komponen elektronik di dalamnya mungkin rosak, itupun jika tidak terhempas atau dicuri atau digigit oleh si kecil di rumah.
Kita membeli kereta yang hebat dan canggih, Honda Civic 2.0 atau Nissan Sylphy atau yang kurang canggih, Saga atau Viva mungkin, paling lama ia bertahan, 10 tahun mungkin, itupun selepas 5 tahun akan banyak ragamnya. Setelah 15 atau 20 tahun, secanggih mana sesebuah kereta, tetap akan menjadi besi buruk akhirnya.
Kita membeli rumah bungalow besar, melengkapkan perhiasan dalaman dengan perabot-perabot yang paling mahal, lanskap luar begitu indah dengan taman siap dengan ikan perhiasan. Selepas puluhan tahun, perabot akan mereput, rumah pun akan retak disana dan disini, ikan pun akhirnya akan mati.
Kita mengejar pangkat dan gelaran, bekerja keras untuk mendapatkan gelaran pensyarah kanan, professor madya dan professor, tapi akhirnya setelah berada di alam barzakh, pangkat dan gelaran itu rupanya langsung tidak dihiraukan oleh malaikat. Yang kekal hanyalah amal.
Begitulah hakikatnya dunia, tiada apa yang kekal, semuanya keindahan yang menipu. Semuanya akan rosak dan binasa apabila tiba masanya. Tiada yang kekal.
Kejarlah keindahan dan harta yang kekal abadi, itulah dia bekalan akhirat yang kekal selamanya.
Kejarlah kebahagiaan yang kekal abadi
Indahnya Doa Nabi Sulaiman
"maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh"."
Hujan Emas di Malaysia, Hujan Peluru di Gaza, Lebih Baik Pulang ke Gaza...

“How long have you been here in Malaysia?” aku memulakan perbualan memecah kesunyian di dalam kereta ketika aku mengantar Dr. Saad Al Ghura ke terminal feri di Langkawi.
Dr. Saad adalah salah seorang dari penceramah jemputan dalam program Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang berlangsung semalam di Dewan Besar IPDA. Berasal dari Gaza, Dr. Saad Al Ghura adalah seorang tenaga pengajar di Universiti Islam Gaza.
Berada di Malaysia untuk menyambung pengajiannya di peringkat PhD.
Setelah selesai sesi ceramahnya, aku ditugaskan untuk meghantarnya ke terminal feri Kuala Kedah kerena dia hendak ke Langkawi untuk bertemu rakannya di sana.
“Just 5 months” Dr. Saad menjawab pendek, mungkin masih keletihan bermusafir dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Dia menghalakan pandangannya ke luar tingkap, merenung jauh melihat suasana bendang yang sedang menghijau ibarat sebuah padang yang terhampar luas, ketenangan bagi sesiapa yang memandangnya.

“I like it here in Kedah, it’s quiet and peaceful, not like the situation in KL” Dr. Saad memulakan kembali perbualan, matanya masih tidak lepas dari memandang kea rah bendang yang menghijau.
“Yup, i also share the same feeling, that’s why i chose to stay and work here” aku membalas mesra, mengiyakan apa yang di katakan oleh Dr. Saad.
“In KL, i can see that most of the Malay does not practice Islam well,most of the big mosque are empty from jamaah, social problem is very bad” Dr. Saad mengutarakan satu isu yang dilihatnya sepanjang keberadaannya selama 5 bulan di Malaysia.
Sebelum sempat aku menjawab, Dr. Saad menambah lagi, “In Gaza, even though that there are crisis everywhere and bombs are dropped every second, but our society is in good condition, people are performing solah Jamaah constantly, we visit and help each other, our faith in Allah is very high...”
Aku terkedu mendengar syarahannya, tidak tahu hendak berkata apa-apa, hanya mengangguk-angguk tanda setuju.
“In Gaza, our most of our people die as a martyr, each baby that was born is an asset to us, but here, most of you people die in a road accident or because of diabetes and heart attack(penyakit orang terlebih makan), babies are abandoned everywhere...” Dr. Saad meluahkan kekecewaannya dengan situasi yang dilihatnya di Malaysia.
Aku terdiam, kelu seribu bahasa.
“Yes, i can’t agree more with you, our journey here to build the ummah is still far, pray to us my brother.” Hanya itu yang mampu aku katakan kepadanya, mengingatkan diriku bahawa jalan dakwah ini masih panjang dan berliku-liku.
Di dalam hati aku berkata sendiri
“Hujan emas di Malaysia, hujan peluru di Gaza, lebih baik aku pulang ke Gaza...”
Mungkin itu yang sedang difikirkannya.
Dr. Saad kembali menghalakan pandangannnya ke luar tingkap, mungkin teringat isteri dan 7 orang anaknya yang ditinggalkan di Gaza, hatinya mungkin dilanda keriasauan ketika berita terkini melaporkan bahawa Israel bercadang untuk melancarkan serangan besar-besaran buat kali kedua di Gaza.
Hanya kepada Allah tempat mereka bergantung.
“Ya Allah, bantulah para mujahidin di Gaza.....”
Sinergi : Keimanan Adalah Paksi (Satu Analisa)

Daripada sekian jumlah buku yang aku beli di KLIBF 2010, Novel Sinergi adalah yang pertama aku berjaya khatamkan, ternyata sangkaanku terhadap Hilal Asyraf tidak meleset. Masa depannya sebagai seorang sasterawan islam yang dinamik amat cerah, moga dia terus diberi istiqamah dan kekuatan untuk terus berkarya.
Sinergi yang meletakkan keimanan dan ukhuwwah sebagai paksi utama novel ini nyata tidak mengecewakan. Plot yang hidup, jalan cerita yang tidak meleret-leret dan adakalanya tidak disangka-sangka akan membuatkan pembaca tidak sabar-sabar untuk membaca novel ini hingga ke hujungnya.
Novel ini yang boleh dikelaskan sebagai novel islami tidak kaku dalam penyampaiannya, mengandungi unsur humor yang tidak keterlaluan dan juga unsur-unsur komik yang menyeronokkan serta membangunkan jiwa dengan cukup halus dan indah. Jarang sekali dapat membaca kisah tarbiah yang dinovelkan, terasa seperti diri ini berada dalam majlis introspeksi iman mereka, jiwa terasa basah dengan alunan-alunan tarbiah yang menyejukkan hati.
Terasa begitu dekat dengan Irfan dan Asid, ibarat aku berada bersama-sama mereka ketika mereka berukhuwwah di atas bangunan Umar Mukhtar, berjalan bersama-sama mereka ke Pasar Balad dan bersama-sama dengan Irfan menyelamatkan Disaster Five dengan caranya yang tersendiri.
Bab yang paling menyeronokkan dan mengesankan tentunya bab-bab akhir apabila kisah silam Disaster Five dibongkar satu persatu dan ketika Irfan menerima ujian yang amat berat. Babak akhir di atas bangunan cukup hidup dan menyeronokkan untuk dibaca.
Novel ini sarat dengan nasihat dan panduan berguna untuk kehidupan, ada padanya nasihat dalam ikhtilat (hubungan lelaki dan wanita), sikap terhadap saudara sesama muslim, dakwah dan kehidupan. Anda tidak akan rugi membeli dan membacanya...tunggu apa lagi?
p/s:- Akh Hilal, apa jadi akhirnya pada cinta Israa terhadap Asid ye? tertanya-tanya juga....
Subscribe to:
Posts (Atom)

