8 hari telah berlalu. Jumlah
syuhada di Gaza makin bertambah. Hospital tidak lagi mampu menampung bilangan mereka
yang tercedera. Bilangan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh juga makin
meningkat. Ibu-ibu kehilangan anak kecil, anak kecil kehilangan ibu, kehilangan
ahli keluarga seolah menjadi perkara biasa.
Kerosakan harta benda, bangunan
dan tanah pertanian tidak dapat digambarkan. Setelah bangkit dari serangan
tahun 2008 yang mengorbankan 1450 nyawa, Gaza berdarah kembali, dan mereka
memerlukan bantuan kita lebih dari sebelumnya.
Tempoh gencatan senjata kali ini
adalah tempoh terbaik untuk masyarakat Muslim membantu rakyat Gaza kerana
mereka adalah saudara seaqidah. Tuntutan untuk membantu mereka adalah jauh
lebih besar dari tuntutan kemanusiaan, ia adalah manifestasi keimanan dan
persaudaraan Islam.
Kita boleh membantu Gaza dengan
banyak cara, bukan sekadar sumbangan, boikot dan ‘share’ maklumat melalui
facebook sahaja. Saya cuba senaraikan 9 cara yang efektif bagaimana kita boleh
membantu Gaza secara khusus dan membebaskan masjid Al Aqsa dari cengkaman
Zionis secara umumnya.